*Declaimer: This article was 1st published on April 2012 in goldsilversaga.my website, and later republished on October 2016 in goldsilversaga.com.my. Available only in the Bahasa Melayu version.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Saya dilahirkan pada Oktober 1984 oleh itu, jika semasa saya dilahirkan, keluarga saya atau saudara saya ada membeli 1g emas, berapakah nilainya kini?
Jika dilihat, graf di atas menunjukkan pergerakkan harga emas dari tahun 1984 hingga kini, 2012. Secara umum, boleh sekiranya saya katakan, harga emas di kedai emas adalah sekitar RM30 lebih dari harga graf. Sebagai contoh, semasa graf menunjukkan pada paras 1,600 USD harga di kedai adalah RM160 + RM30 = RM190/g. Oleh itu, jika pada 1984 harga adalah 200 USD harga di kedai sekitar RM20 + RM30 = RM50/g.
Kemudian, dapat kita lihat, pergerakkan harga emas adalah agak mendatar dari 1984 hingga 2002. Kemungkinan kerana pada zaman itu, penggunaan emas masih kurang disedari. Kini, dengan kepesatan teknologi ICT, elektrik dan elektronik terutamanya ditambah dengan serangan inflasi keatas wang kertas, dapat kita lihat harga emas melonjak naik.
Sekiranya semasa saya Diploma (2002) saya membeli 5g emas dari wang PTPTN, ia mungkin memerlukan modal sebanyak RM35+RM30 = RM65 x 5g = RM325. PTPTN diterima adalah 2 kali dalam setahun yang mungkin membolehkan saya membeli 10g setahun. RM325 x 2 = RM650 dari PTPTN sebanyak RM3000 setahun yang diterima.
2002 – (RM35+RM30) * 10g = RM650
2003 – (RM42+RM30) * 10g = RM720
2004 – (RM45+RM30) * 10g = RM750
Saya akan mendapatkan diploma dan berjaya mengumpul 30g emas yang bermodal RM2,120 dan akan bernilai sekitar RM2,250. Kemudian, sekiranya saya meneruskan TABIAT membeli emas setiap kali mendapat PTPTN, saya masih berpeluang membeli sewaktu melanjutkan pengajian peringkat Ijazah.
2005 – (RM55+RM30) * 5g = RM425
2006 – (RM65+RM30) * 5g = RM475
2007 – (RM90+RM30) * 5g = RM600
Kini, saya berjaya memiliki sebanyak 15g emas selepas tamat pengajian ijazah dengan bermodal sebanyak RM1,500 dan bernilai sekitar RM1,800. Dicampur dengan 30g sewaktu diploma, jumlah simpana emas saya adalah sebanyak 45g bermodal sebanyak RM3,620 yang ketika itu sudah bernilai sekitar RM5,400, iaitu keuntungan sebanyak RM1780.
Namun, sesuatu yang menarik berlaku pada 2012 apabila kini harga emas dunia adalah sekitar RM160/g iaitu RM190/g. Kenaikan ini membolehkan emas yang saya beli semasa belajar dengan wang PTPTN sebanyak 45g dan bermodal RM3,620 adalah RM8,550! Simpanan selama 6 tahun yang membawa keuntungan sebanyak RM4,930.
Harga emas akan terus melonjak naik antara faktor kenaikkan adalah:
Oleh itu, jangan beli emas! Ia mahal! Gunakan wang anda sebaiknya. Hanya TUKARKAN dari kertas kepada EMAS! Bagi pelajar IPTA/IPTS yang menerima PTPTN terutamanya, jangan membazir dengan membantu kenaikkan harga emas sedangkan anda tidak menyimpannya. Kawal pembelanjaan anda dari terus membeli barangan elektronik seperti hp,iPad,laptop dan sebagainya JIKA anda tidak menukarkan wang anda kepada 1g emas untuk simpanan.
Diharap info diatas dapat memberi input berguna kepada semua. Sekiranya anda mempunyai sebarang pandangan yang boleh dikongsi, sila emailkan kepada admin GSS.
(Gambar graf di atas adalah data sebenar dan contoh pengiraan saya adalah berdasarkan angaran, harap maklum)
Sekian, Terima kasih.
Founder,
GoldSilverSaga.com.my